Tuesday 3 April 2012

Episod 5 :10 Ungkapan Menarik (Bahasa Melayu)



Episod kali ini MuffyN nak senaraikan 10 ungkapan menarik mengenai cinta , kehidupan dan lain-lain . Pembaca boleh tengok-tengok mana tau ada yang sesuai untuk memikat hati seseorang .. Kan ?? haha . Mari kita usharr .. layann ..

1) Biarlah hilang cinta dunia asalkan jangan hilang rasa cinta pada rasul dan ilahi .

2) Wanita adalah lambang kesucian , umpama bunga yang mekar di dalam taman . Andai disunting oleh sang kumbang , jaga dan peliharalah ia dengan sempurna .

3) Perkataan "I LOVE YOU" hanya layak untuk seseorang yang menghargai diri anda sahaja .

4) Daripada mencari hal buruk orang lain lebih baik mencari buruk sendiri . Daripada mengata orang lain lebih baik menasihati .
5) Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana belum tentu hari esok kita masih diberi peluang .

6) Kecantikkan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang , bukan pada wajah dan pakaiannya .

7) Apabila hati kita bersih , kita dapat menghindari daripada buruk sangka , fitnah-memfitnah dan segala kemungkaran dan kejahatan .
-Tun Mahathir Mohamad-

8) Tragedi kehidupan kita ialah kita tua terlalu cepat dan menjadi bijak terlalu lambat .
-Benjamin Franklin-

9) Kita kalau mengharungi kehidupan , jangan taruh pagar di kelilingi kita .
-Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad-

10) Adil adalah menimbang yang sama berat , menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar , mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim ke atasnya .
-Hamka-

#Dah tengok ?? ada x yang berkenan ? haha . setakat nie saja yang MuffyN boleh share bersama pembaca semua . Tunggu episod 6 pulak untuk ungkapan menarik versi Bahasa Inggeris yerkk ! Wassalam ..

No comments:

Post a Comment