Monday 2 April 2012

Episod 2 : Solat Kita Hanya 8 Hari Setahun


Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan , kadangkala kita sibuk sampai menjadi alasan untuk kita melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi meninggalkan solat terus . Mari kita lakukan sedikit pengiraan berapa banyak masa yang diperlukan untuk kita bersolat dalam masa sehari .

SUBUH - 2 rakaat
ZUHUR - 4 rakaat
ASAR - 4 rakaat
MAGHRIB - 3 rakaat
ISYAK - 4 rakaat

JUMLAH - 17 rakaat sehari !

Mari kita kira untuk seminggu pula .
Jumlah masa yang diambil untuk bersolat dalam masa sehari ialah 34 minit . 34 minit darab tujuh bersamaan 238 minit . 238 minit bersamaan 3.97 jam (dalam seminggu ada 168 jam) . Jika dikira dalam sebulan pula , 3.97 jam darab empat minggu dengan 15.88 jam (dalam sebulan ada 720 jam) .

Untuk setahun pula . 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam . 190.56 jam ini apabila ditukar kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari . Rupanya dalam masa setahun , masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari SAHAJA !

Jadi pembaca semua , ALLAH swt tak pernah memberi beban terhadap hambanya . Marilah kita sempurnakan solat kita agar kita lebih dekat dengan ALLAH swt . Amin . Wassalam .

No comments:

Post a Comment