Monday 2 April 2012

Episod 3 : Senyumlah walaupun disakiti


Assalamualaikum pembaca semua . Episod kali ini MuffyN ingin menulis tentang senyum . Semua orang suka senyum kan ? Kadangkala kita senyum untuk menutup luka di hati dan kadangkala kita ketawa hanya untuk mengubati kesedihan dalam diri . Adakalanya kita melangkah dengan penuh keyakinan sedangkan perasaan goyah menunggu rebah , bila menangis tidak ada siapa pun yang tahu , semuanya demi maruah diri .
Walau sesiapapun kita , di mana kita berada , langit tetap dijunjung , tanah tetap dipijak , selagi kita hidup , langkah mesti diteruskan . Jangan sesekali kita kesal dengan nasib diri kita kerana kita adalah sebahagian daripada Makhluk ALLAH swt yang sedang diuji oleh-Nya . Jadi , pembaca semua tak kira kita berada dalam kesusahan atau ditimpa malapetaka sekalipun ingatlah kita sedang diuji oleh Pencipta kita sendiri . Senyumlah selalu dan senyum itu SEDEKAH !

#gambar nie MuffyN nk share dengan pembaca semua supaya terus terSENYUM ... Layannnn ...



#terima kasih kerana membaca dan assalamualaikum semua .

No comments:

Post a Comment